Thursday, 28 February 2013

whats girl need :)


Sebagai seorang Muslim-- Assalamualaikum J
Enrty kali ni aku nak cakap pasal 3K . Cuba ttteka benda apa 3K itu???
Teettttt. Masa dah tamat ! 3K tu ialah :
-Kecantikan
-Kesihatan
-Keceriaan

Okay. Sebagai seorang remaja memang lah kita nak kelihatan cantik. Tapi kita tak tahu bagaimana nak mencantikkan diri kita. Mesti ramai yang ada masalah ‘JERAWAT’ kan ? termasuklah lah aku. Aku ni sampai naik pening nak pilih produk apa yang sesuai untuk muka aku nih. Macam-macam produk aku try such as Bio’re, Clean n Clear, Oxy, Simple,sehinggalah ke Bio Essence. Tapi semua tu tak berkesan untuk aku L
 Bukan aku nak cakap produk tu tak elok. Produk tu semua elok, tapi tak sesuai untuk aku. Jerawat still ada. Jerawat kat muka aku nih bukan macam jerawat batu. Cuma jerawat kecil-kecil yang naik kat dahi tuh. Kat tempat lain tak dak pon J
Soo, aku pon cuba lah satu produk nih. Sebelum nih aku dah pernah pakai produk tuh. Tapi aku pakai kejap ja sebab macam tak berkesan. Tu pon kakak aku yang belikan. Heheh. Tapi sekarang aku dah pakai balik produk tu. Produk tu ialah ...



 SEBA MED.
Produk ni khas untuk ‘teenager’. Produk ni juga sesuai untuk yang berpimple, berblackhead and skin impurities. Banyak benda baik tentang produk nih.
- Yang pertama produk nih mencapai tahap pH yang sesuai iaitu 5.5.
-Yang kedua produk nih bebas daripada alcohol ,pewarna, dan pewangi. Okay kawan-kawan, 3 benda ni harus diutamakan ketika hendak memilih produk untuk muka ! Aku alah dengan produk yang ada pewangi nih. Nanti aku sakit kepala. So, produk ni memang sesuai untuk aku.
-Yang ketiga produk nih bukan made in ‘thailand’ okay. Produk ni made in Germany. So, aku pon tak lah was-was nak gunakan produk nih J
Yang botol tu ialah pecuci muka. Pencuci muka ni ada dua jenis. Yang pertama dalam bentuk buku sabun. Tapi yang aku beli dalam bentuk cecair 150ml. Pencuci nih dia lain sikit. Kalau korang picit dia akan keluar dalam bentuk buih. Bukan dalam bentuk cecair. Lebih kurang mcam buih the tarik kot. Tapi buih ni lagi halus. Haha, aneh kan?
Yang dalam kotak tu ‘toner’. Kecik ja toner dia 20ml. Toner ni untuk membersih sisa pencuci muka. Toner ni juga anti-bacterial tau. Dia mencegah jerawat baru daripada kembali muncul di muka kita.
Okay, untuk pencuci muka sudah pun beres. Sekarang kita beralih kepada Masker muka pula.


Masker ni keluaran Watson. So, kalau nak beli masker nih jangan pergi beli kat Guardian pulak. Memang kompom tak dak, haha. Yang aku guna nih diperbuat daripada ektrak timun. Mask ni untuk firming and moisturising. Mask ni juga diperkaya dengan kolajen semula jadi. So, sesiapa yang ingin mencuba bolelah beli kat Watson okay ! J


Okay, sekarang kita pergi kepada produk keluaran Guardian pulak. Produk ni memang tak ramai orang yang guna. Produk ni ialah ‘Wet Wipes’. Aku selalu bawak benda ni ke sekolah. Kita kan terdedah dengan habuk dan cahaya matahari. Jadi bagi aku wet wipe ni sangat lah penting. Lagi pun benda ni senang nak bawak. Letak ja dalam poket. Bila rasa muka mcam berminyak aku terus guna. Nak bawak pencuci muka memang tak lah. Nanti over pulak. Haha. So, aku bawak wet wipes jelah.
Aku beli yang pack punya. Satu pack ada 3 jenis. Yang warna pink tu ‘Rose’, warna hijau tu ‘Apple’ and yang warna biru tu ‘Sea Breeze’. Yang paling aku suka yg warna biru tu. Bila lap ja kat muka fuhh, segar gila. Macam aku basuh muka dengan air sungai. Best gila. Haha. Lupa nak bagitau, produk ni ‘Alcohol-free and Paraben-free’. Hehe bagus kan J so, kepada sesiapa yang nak cuba bolehlah mendapakannya di Guardian berhampiran anda.


 sekarang kita pergi kapada ‘Vitamin Rambut’. Aku guna ‘ellips’.  Ellips ni ada banyak jenis. Ada yang untuk khas untuk rambot yang diwarna, ada yang untuk rambut hitam pekat melekat dan macam-mcm lagi. Tapi yang aku guna ni untuk rambot lembut dan bercahaya J Vitamin rambut ni penting untuk menjamin kesihatan rambot kita. Bukan badan saja yang perlukan vitamin! Rambut juga perlu tau !

Last but not lease…
Penjagaan di bahagian badan !


DETTOL, 100% yakin. Haha. Yang aku guna bukan yang biasa, tapi yang almond dengan olive oil. Ada yang cakap kalau guna dettol nanti kulit cepat tua. Ehh, betul ka ? haish, macam-macam la hampa punya statement nk menjatuhkan dettol ! sudah tentu lah depa kaji dulu sebelum keluarkan produk ni.haha.
Habes suda..
.
.
.


Ehh, apa nih ?? haha, yang ni toner yang my mom pakai J saja ja gedik nak upload sekali. Yang ni keluaran L’oreal Paris ya. Bukan L’oreal Thailand okay.

Sekian enrty aku yang panjang berjela. Haha, terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda membaca enrty saya nih J diharapkan enrty saya kali ni sedikit sebanyak memberi manfaat atau panduan untuk anda membeli barangan untuk diri anda.
Toksahlah berkira untuk membelanjakan wang ringgit untuk diri anda. Kan cantik itu dituntut oleh islam J

No comments:

Post a Comment